Minggu, 17 Juni 2012

Kata Mutiara Al Ghazali

Kata Mutiara Al Ghazali • Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar. • Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. • Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya. • Berani adalah sifat mulia kerana berada diantara pengecut dan membuta tuli. • Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada diantara bakhil dan boros. • Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan. • Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti di pelihara dan di pupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya. • Ciri yang membedakan manusia dan hewan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia karena ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan. • Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong. • Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan. sumber : wikipedia dan berbagai sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar